Salam sejahtera,

Pernahkah kamu bertanyakan sesuatu di online forum?aa..jawab kemudian..hehe..saja intro..

Hah, nak di jadikan cerita..Hampir seminggu aku bertanya kepada uncle google tentang soalan yang bermain di kepala otak aku nih. Tapi tak semua aku dapat, so bila semua yang aku nak tak jumpa..aku pergi ke sebuah online forum untuk mendapatkan kepastian.

Aku kemudiannya menaip soalan itu dengan penuh harapan dan sopan santun yang tinggi. Tapi jawapan yang aku dapat ialah "tanya uncle google"! Pehh!! Berkecai harapan! Nak maki, rasanya tiada guna jugak kan.

Aku sebenarnya tak faham dengan manusia yang sedemikian rupa. Kenapa perlu menjawab, tanya uncle google? Adakah sebab manusia tersebut sebenarnya tidak tahu? atau ilmu yang manusia tersebut adalah hak penuh miliknya? Kalaulah Tuhan tarik balik ilmu yang manusia itu ada, apa akan jadi rasanya?hm..

Mungkin ada alasan lain kenapa ada sesetengah manusia menjawab begitu, tapi alangkah baik jika tidak langsung menjawab daripada hanya menghancurkan harapan orang lain. Kalau ilmu itu tak mahu di kongsi, masuk dalam peti, kunci elok-elok. Jangan biar orang lain tahu apa ilmu yang terkandung dalam kepala otak tu. Lagi senang!

Aku berharap, kepada sesiapa yang suka sangat suruh tanya uncle google nih, insaflah! hoho..eh, aku serius nih. Kalau tak nak bagi jawapan yang full, bagi klu pun jadilah..mungkin hanya dengan itu orang yang bertanya akan dapat mencari jawapan yang diinginkan seterusnya mungkin juga ada yang mendoakan ilmu mu semakin bertambah..hah, kan bagus macam tu..kan?

11 Responses so far.

  1. aku pun tension org jwb mcm tu.. selalu gak jadi mcm tu.. kalo kite tnye je, masing2 suruh google je..

    mungkin dorang xtau, dan mungkin dorang mls nk bgtau..

    kadang2 soklan yg kite tnye tu perlukan penjelasan yg panjang.. :) so, dorang mls nk buat tutorial :p

  2. Unknown says:

    hah, tu la pasal..
    kalau malas xnak bgtau, xpa la jugak.
    tp klu da bgtau cuma 'tanya google' tu..adeh..sakit jiwa ini..haha

  3. Greenlava says:

    Apa guna forum kalau semua nak tanya Google? Orang ni macam-macam

  4. Zurina J. says:

    ahaha...mcm stress pun ada ko ni...
    a'ah aku pun nda suka walopun mungkin aku pernah jua cakap mcm tu...tp aku rasa jaaaaaaaaaaaaarang la..

    nanti ko sakapla d forum tu,
    "suda sy tanya paci gugel. dia pun tidak tau..ihihi"

    jgn stres² ya...:)

  5. Cinoi says:

    KAdang2 kin pns kan, kita tnya sbb we pretty sure yg org kita tnya tu tahu, or atleast bg idea tentang benda tu, tapi dijawab "tnya la en google" panass truss memberrr

  6. Unknown says:

    @Greenlava : tu yang buat kepala ni mcm nak bingung! haha..baik buang @ padam jak forum tuh..hoho

  7. Unknown says:

    @Zurina J. : : ow ya? aku xpernah sanggup utk mngatakan demikian..kesian org yg btanya tu..

  8. Unknown says:

    @Cinoi : : sokong abis!! macam bole masak telur rebus sudah di hati panas tu tau!haha

  9. Zurina J. says:

    @kreatifbuzz
    hmm...nda bah..
    aku rasa macam jak bah, tp di forum nda pernah aku cakap gituu...nda pernah bah...sob²
    macam kejam pulak aku kan...:'(

Leave a Reply