Bertahun-tahun aku menanti akan peluang ini. Akhirnya ia menjadi suatu kenyataan!


Dulu-dulu kurang mampu untuk membeli..yang ni pun dapat dari lelong..hoho..Oh, bagi sesiapa yang nak macam ni, aku syorkan beli dari penjual Jiafei! Superb!!

Perjalanan Jauh!

Cuti ni sebenarnya aku banyak habiskan masa untuk meng-koding bahasa-bahasa yang mempunyai kuntuman bunga nan indah.

Bila aku semakin hampir kepada paras kurang waras, aku akan berpindah membuat sesuatu pada photoshop.

Setiap apa yang aku buat, walaupun hanya gurauan semata-mata, aku pastikan aku mempunyai tema sebelum membuat sebarang lakaran.

Ehee..Ini lah yang terjadi bila aku dah tak tahu nak buat apa! Semua rekaan gambar ni dibuat di kala bosan! Apa pun, sila lah lihat-lihat gambar-gambar WSB ni...Segala kutukan pedas amat di terima! haha...

1. Gambar Meter EQ WSB! Macam meter rosak pun ada!


Aku cuma seorang blogger biasa. Tak kisah sangat la bila blog aku ni berpengunjung atau tak. Dah cerita pun yang bukan-bukan! Ya la..nama pun blog sakit jiwa kan..




Tapi, walaupun blogger biasa..aku perlu juga mencari idea-idea atau cerita-cerita yang patut aku masukkan.




Apa yang menjadikan aku benggang bila berfikir tentang cerita di blog adalah, idea tak dapat bila melayari internet mahupun membaca buku!! Kadang-kadang tu ada lah juga sikit dapat..tapi tak la banyak melimpah seperti terjadinya cococruch di ladang gandum.



Setelah membuat tiga entri sebelum ini, aku telah berhenti seketika untuk update blog ni..haha..Kalau selama-lamanya, pengsan juga jari jemari aku ni nanti!

Rasanya 2/3 bulan aku berhenti. Kesibukan yang telah membataskan waktu untuk aku melayan blog ku yang kerdil di alam maya ini. Walau apa pun, sepanjang cuti semester ini, aku mempunyai sedikit masa untuk terus menjadi seorang blogger. Aku harap peluang ini akan dapat aku gunakan sepenuhnya.

Tapi, masih ada halangan! Ish!! "bikin panas!" hoho..

Salam sejahtera,

Pernahkah kamu bertanyakan sesuatu di online forum?aa..jawab kemudian..hehe..saja intro..

Hah, nak di jadikan cerita..Hampir seminggu aku bertanya kepada uncle google tentang soalan yang bermain di kepala otak aku nih. Tapi tak semua aku dapat, so bila semua yang aku nak tak jumpa..aku pergi ke sebuah online forum untuk mendapatkan kepastian.

Aku kemudiannya menaip soalan itu dengan penuh harapan dan sopan santun yang tinggi. Tapi jawapan yang aku dapat ialah "tanya uncle google"! Pehh!! Berkecai harapan! Nak maki, rasanya tiada guna jugak kan.

Aku sebenarnya tak faham dengan manusia yang sedemikian rupa. Kenapa perlu menjawab, tanya uncle google? Adakah sebab manusia tersebut sebenarnya tidak tahu? atau ilmu yang manusia tersebut adalah hak penuh miliknya? Kalaulah Tuhan tarik balik ilmu yang manusia itu ada, apa akan jadi rasanya?hm..

Salam sejahtera,

Hm..Bila terfikir tentang perkara ni, mesti rasa macam nak gila pun ada! Projek akhir untuk kumpulan aku, membuat online game kanak-kanak.

Nak buat game sebab kawan aku pernah bercita-cita nak jadi pembuat game. Jadi aku pun meng-OK-kan saja lah.

Bila masuk part nak buat, hah! datang segala penyakit gila nih! Nak kena setting pemikiran seperti kanak-kanak la pula. Lain-lain hal boleh makan rasanya..hoho..cuma bab design interface tu yang payah!

Tapi, rasa best jugak. Bila masing-masing buat kerja tu, sambil bercerita keluarlah semua kisah silam masing-masing. Satu perkara yang wajib ada, adalah bermain guli! haha..semua nak bagitau kehebatan masing-masing dalam bermain guli! Aish! Dulu aku hebat kahwin-kahwin..hoho..selalu jadi pengantin woo..haha..

Salam sejahtera kepada pengunjung ataupun pembaca blog ini.

Aku Farid a.k.a Kid telah membuat keputusan untuk membuka satu lagi blog untuk memenuhi permintaan hati ini..hehe

Sebelum ini telah banyak blog yang aku telah buat, dan yang berjaya setakat ini ialah kreatifbuzz.com, yang mana blog tersebut mengandungi banyak perkara tentang blog tutorial yang kreatif ( boleh tahan jugak lah kreatifnya..hehe ). Jadi, apabila aku rasa ingin kongsikan sesuatu yang tidak langsung berkaitan dengan description blog tersebut, aku rasa macam lain. Teragak-agak untuk buat entri dan kurang yakin jika entri tersebut akan menjadi tumpuan.